HomeIsu tempatanPesara tentera terharu terima bantuan YNJ

Pesara tentera terharu terima bantuan YNJ

Read Time:57 Second

SOOK : Pengalaman pertama kali mendapat bantuan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) yang disampaikan Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, cukup membuat pesara tentera, Mohd Firdaus Belana Abdullah, 45, berasa terharu.

“Mama sudah tidak dapat melihat dan berjalan sekarang tinggal bersama adik saya.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan belanja perubatan mama kami dan saya mengucapkan terima kasih kepada Toh Puan Norlidah,” katanya yang menanggung keperluan serta menjaga ibunya, Ingkang Ansahil, 89, di Kampung Termatoi Sook.

Turut menanggung keperluan ibu bapa, Vencent Kalibin, 45, dari Kampung. Batu Lungoyan yang menjaga bapanya, Kalibin Kulinah, 77, yang memerlukan bantuan pergerakan.

Dia yang bekerja sendiri mengiring bapanya di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sook menerima bantuan bersama 100 orang asnaf dan miskin dari sekitar Daerah Kecil Sook.

“Terima kasih Toh Puan kerana membantu kami tanpa mengira bangsa dan agama.

“Terima kasih kepada Toh Puan Norlidah dan YNJ yang sanggup datang ke sini untuk menyampaikan bantuan kepada kami tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Pol F. Isidore.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular