HomeUtamaBantuan khas pendidikan di Sabah diteruskan tahun hadapan

Bantuan khas pendidikan di Sabah diteruskan tahun hadapan

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan meneruskan program-program bantuan khas pendidikan dengan penambahan lima program baharu bagi menyokong institusi pendidikan pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah Bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (BAGUS); Bantuan Ihsan Sekolah (BISBAH); Bantuan Kecil Infra Sekolah; Anugerah Khas Kecemerlangan Pendidikan (AKSA) dan Bantuan Khas Pendidikan (BANTU).

“Peruntukan bagi melaksanakan program-program adalah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM43 juta iaitu peningkatan sebanyak RM8 juta berbanding tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Negeri prihatin dengan para pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian kerana kekangan kewangan.

“Sehubungan dengan itu, Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan yang baharu ditubuhkan akan menyelaras dan mengendalikan Bantuan Khas Pendidikan bagi membantu para pelajar yang akan memasuki pusat pengajian tinggi dan yang akan menghadapi peperiksaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya