Arimi

Bajet Sabah 2023: Perbelanjaan wajib untuk pentadbiran awam dan infrastruktur perlu dititikberatkan – Arimi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada lebih RM5 bilion perbelanjaan yang diperuntukkan untuk pentadbiran awam dan infrastruktur negeri Sabah menerusi Bajet Sabah 2023 dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Menyambut baik pembentangan perbelanjaan oleh Ketua Menteri itu, seorang penjawat awam, Arimi Sidek, 56, berkata, perbelanjaan mengandungi lebih RM5 bilion oleh Kerajaan Negeri sebahagian besar iaitu sebanyak 40 peratus adalah untuk perbelanjaan dan penggajian pentadbiran awam yang disalurkan kepada Kementerian Kewangan.

“Manakala selebihnya ialah untuk infrastruktur melalui peruntukan untuk jabatan kerja raya untuk infrastruktur asas seperti pembaikan dan pembinaan jalan raya.

“Kalau kita tengok selama ini pun banyak rungutan infrastruktur di negeri ini terutama jalan raya yang tidak dipulihara dengan sempurna, contohnya seperti yang kita lihat sendiri dan disebarkan di media-media sosial banyak jalan raya yang berlubang seperti jalan ‘angkasawan’ dan sebagainya.

“Saya fikir ini respon yang baik kerajaan yang mana bajet kali ini lebih kurang 20 peratus digunakan untuk perbelanjaan kerja raya. Diharap dalam masa yang terdekat ini kita boleh lihat perubahan infrastruktur di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Beliau turut menjelaskan ulasan beliau mengenai bajet yang dibentangkan yang merangkumi 60 peratus termasuk perbelanjaan wajib dan infrastruktur.

“Seperti yang saya katakan tadi 40 peratus untuk peruntukan pentadbiran Kementerian Kewangan, peruntukan wajib merangkumi emolumen kakitangan-kakitangan awam negeri, jadi perbelanjaan wajib dan infrastruktur itu sudah merangkumi 60 peratus bajet yang dibentangkan kelmarin, jadi kalau kita tengok ini ialah perbelanjaan asas yang perlu diberikan kepada rakyat,” jelasnya.

Arimi turut menyambut baik mengenai hal-hal lain sesuai dengan tema ‘ekonomi diperkasa, rakyat sejahtera’ seperti pembangunan dalam aspek pertanian, pembangunan luar bandar serta pembangunan untuk golongan usahawan wanita iaitu sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk satu agensi di bawah Kementerian Kewangan iaitu Yayasan Usaha Maju khas untuk golongan wanita.

“Saya berharap kerajaan dapat mentadbir kewangan dengan baik kerana tahun ini belanjawan yang dibentangkan ini ialah belanjawan yang surplus maksudnya perbelanjaan itu kurang sedikit berbanding dengan pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *