HomeUtamaTitik paling barat Sabah di Menumbok bakal jadi tumpuan pelancong

Titik paling barat Sabah di Menumbok bakal jadi tumpuan pelancong

Read Time:1 Minute, 21 Second

MENUMBOK :  Satu lagi mercu tanda akan diletakkan di Kampung Mempakul iaitu Titik Paling Barat Negeri Sabah.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury berkata, mercu tanda tersebut akan menjadi tarikan baharu kepada pelancong sekali gus berupaya memacu sektor pelancongan di negeri ini selaras dengan Hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).  

“Pejabat Daerah Kecil Menumbok sedang bekerjasama dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Cawangan Sabah bagi meletakkan satu lagi mercu tanda yang penting di Kampung Mempakul iaitu Titik Paling Barat Negeri Sabah yang terletak di Tanjung Klias atau di Pantai Sawar-Sawar Mempakul,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu turut memaklumkan, Muzium Sabah akan mewujudkan Tapak Warisan Sabah dan Tugu Perang Australia di lokasi sama. 

“Selaku wakil rakyat Kuala Penyu, saya amat berharap usaha ini menjadi kenyataan dan mewujudkan satu lagi produk pelancongan sejarah yang pastinya dapat menjana ekonomi penduduk setempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Nelayan Menumbok Kali Ke-20 di Dataran Mempakul.

Mengenai sambutan tahunan berkenaan, beliau berharap penduduk setempat dapat  memanfaatkannya dengan mencari peluang-peluang ekonomi seperti perikanan, kraftangan, industri desa dan sebagainya.

“Sebenarnya, sektor ini merupakan suatu sektor yang berpotensi untuk berdaya maju dan berdaya saing.

“Sehubungan itu, saya yakin komuniti nelayan tidak menganggap pesta nelayan ini sebagai pesta berbentuk hiburan, sukan atau pertandingan semata-mata, sebaliknya melihat pesta ini sebagai peluang untuk memajukan diri, keluarga dan ekonomi negeri,” jelas beliau.

Perasmian Pesta Nelayan Menumbok disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya