HomeUtamaBekas Ahli Parlimen Langkawi Meninggal Dunia

Bekas Ahli Parlimen Langkawi Meninggal Dunia

Read Time:36 Second

CYBERJAYA — Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, meninggal dunia di Frankfurt, Jerman, awal pagi ini.

Nawawi yang juga ketua Umno Langkawi dilaporkan meninggal dunia, 3 pagi dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Umno Langkawi, Nor Saidi Nanyan, lapor Berita Harian.

Nor Saidi berkata, beliau difahamkan Allahyarham ke Frankfurt bagi urusan kerja atas kapasiti beliau sebagai ahli lembaga pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pemergian beliau ke sana turut ditemani isterinya, Sabariah Hassan dan saya difahamkan jenazah akan dikebumikan di Frankfurt,” katanya.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Langkawi sejak 2013 namun gagal mempertahankan Parlimen itu selepas tewas kepada Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sebelum itu, beliau adalah ADUN Kuah dua penggal bermula 2004 sebelum bertanding di Parlimen.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya