HomeUtamaDUN Sabah : 40 PPDK diwujudkan di Sabah

DUN Sabah : 40 PPDK diwujudkan di Sabah

Read Time:42 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sebanyak 40 buah Pusat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Sabah telah diwujudkan dengan rancangan sekurang-kurangnya satu PPDK di setiap daerah.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Flovia Ng berkata, ia adalah bagi memberi perkhidmatan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, bilangan OKU yang berdaftar di PPDK seluruh Sabah setakat 25 November lalu adalah seramai 2,313 orang.

“Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam Belanjawan 2023 melalui inisiatif Kementerian saya untuk PPDK di seluruh Sabah.

“Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM5,000 setiap PPDK bagi meringankan bebanan kos mengurus OKU ke arah kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Amisah Yassin (ADUN Dilantik) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya