DUN Sabah : Kerajaan negeri kaji naikkan kadar elaun biasiswa

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dan Biasiswa Yayasan Sabah sedang mengkaji untuk menaikkan kadar elaun biasiswa kepada pelajar- pelajar sesuai dengan keadaan kenaikan kos sara hidup.

Menteri Tugas-Tugas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Kerajaan amat prihatin dengan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh pelajar dari luar bandar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta.

“Disamping itu, zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sedang menyelaraskan kadar dermasiswa zakat agar selaras dengan elaun dengan jumlah yang ditawarkan oleh BKNS.

“Kerajaan negeri melalui Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan turut menyediakan beberapa bantuan bagi mengurangkan beban perbelanjaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Jannie Lasimbang (DAP-Kapayan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) iaitu bantuan tunai sebanyak RM2,000 diberikan kepada pelajar- pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dan RM1,500 bagi Diploma/Asasi/Matrikulasi.

Katanya, pada tahun ini, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM10 Juta untuk melaksanakan program tersebut.

“Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) iaitu bantuan pemberian komputer (Laptop) di kalangan pelajar- pelajar anak Sabah di bawah e-Kasih Miskin Tegar yang sedang belajar di IPT/Sekolah yang tidak mampu membeli komputer untuk tujuan pembelajaran.

“Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 1 juta,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *