HomePolitikSTAR sah keluar Perikatan Nasional (PN) - Jeffrey

STAR sah keluar Perikatan Nasional (PN) – Jeffrey

Read Time:53 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Jeffrey Kitingan hari ini mengesahkan parti itu telah keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Ya sah, kita tunggu sajalah pengumuman.  Sebab kalau saya pergi sini, kau pergi sana bererti kita tidak sehaluanlah itu,” katanya.

Jeffrey berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS) Timbang Menggaris Ke-50 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu kali ke-37 dan 38 tahun di sini hari ini.

Kenyataan ringkas bekas Timbalan Pengerusi PN itu turut menjawab kepada persoalan beliau yang mengungkapkan ‘bercerai’ dengan PN berhubung kedudukan STAR dalam gabungan PN.

Berikutan itu juga STAR kini tidak lagi terikat kepada PN selepas menyertai gabungan itu selama lebih dua tahun sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada September 2020 yang lalu.

Jeffrey turut memaklumkan keputusan keluar daripada PN itu juga telah dibincangkan di dalam Biro Politik STAR. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya