HomeUtamaCSO main peranan gubal dasar, sumber maklumat penting untuk rakyat dan...

CSO main peranan gubal dasar, sumber maklumat penting untuk rakyat dan Kerajaan

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Peranan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) yang menyumbang kepada proses penggubalan dasar telah diakui berkesan kerana ia telah menjadi sumber maklumat penting untuk rakyat dan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, masyarakat telah membuktikan bahawa ketabahan mereka dalam menangani COVID-19 yang telah mengancam kesihatan awam.

Katanya, ia termasuklah aspek ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.”Menerusi wacana intelektual seperti ini ianya akan mampu membimbing mereka dalam membantu penggubal dasar dalam merancang dan melaksanakan program yang cekap.

Ini termasuklah peranan CSO yang telah berjaya memainkan pelbagai peranan.

“Mereka memantau dasar dan tindakan kerajaan serta memastikan kerajaan bertanggungjawab dalam pelaksanaannya.

“Mereka terlibat dalam advokasi dan menawarkan dasar alternatif untuk kerajaan, sektor swasta dan institusi lain, serta menyampaikan perkhidmatan, terutama kepada golongan miskin dan kurang mendapat perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Serantau Asia-Pasifik Persatuan Antarabangsa bagi Penyelidikan Sektor Ketiga (ISTR) ke-12 yang diadakan di sini semalam.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kasim Mansur.

Ellron berkata, CSO di Malaysia khususnya, telah memainkan peranan dalam proses dasar awam selama beberapa dekad dengan menjawab isu semasa dan memberikan ulasan mengenai proses penggubalan dasar.

“Dunia juga menyaksikan bagaimana masyarakat sivil Malaysia aktif di peringkat nasional, serantau dan global berkaitan pembangunan mampan.

“Justeru, tema yang dipilih untuk Persidangan Serantau ISTR Asia-Pasifik ini iaitu ‘Masyarakat Sivil Aktif: Pembinaan Semula Pasca-krisis, Penggerak dan Inovasi’ adalah relevan dengan apa yang sedang kita lakukan dan bayangkan untuk masa hadapan.

“Kami berharap untuk mendengar idea baharu dan cadangan berguna daripada persidangan ini,” katanya.

Persidangan yang dihoskan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS itu turut menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) di antara UMS dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Dokumen yang ditandatangani akan menjadi instrumen untuk mengukuhkan usaha kolaboratif berdasarkan inovasi, penyelidikan, penerbitan, latihan dan seminar.

UMS diwakili Dr Kasim Mansur dan YIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Sharmila Mohamed Salleh. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya