Pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 ditangguh selama seminggu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang sepatutnya bermula 12 dan 13 Mac 2023 adalah ditangguhkan selama seminggu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, penangguhan itu adalah bagi memastikan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Justeru KPM ini memaklumkan bahawa sesi persekolahan di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024.

“Manakala bagi negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan) akan bermula pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, sesi persekolahan bagi Kalander Akademik Sesi 2023/2024 dikekalkan pada bulan Mac 2023 bagi memastikan KPM mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan jumlah hari persekolahan dalam kalender akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *