HomeEkonomiKerajaan harus ada data yang tepat, hentikan eksport telur

Kerajaan harus ada data yang tepat, hentikan eksport telur

Read Time:1 Minute, 1 Second

KUALA LUMPUR: Dalam mencari penyelesaian terbaik dalam isu bekalan telur, kerajaan digesa mencari data yang tepat apatah lagi masalah ini telah berlaku sejak berbulan lamanya, daripada sebelum pilihan raya, hinggalah sudah terbentuknya kerajaan yang baru.

Penganalis pasaran yang juga Pengasas BigBoys Academy, Rizwan Ramalan,berpendapat polisi kerajaan dilihat sukar dilakukan sekiranya kerajaan tidak mempunyai data pemain industri yang terlibat.

Isu kekurangan telur ayam bukan sahaja membimbangkan pengguna, bahkan mereka yang berada di dalam industi perkhidmatan penyediaan makanan.

Begitu juga dengan pemain industri yang sukar memenuhi keperluan pengguna yang semakin hari semakin meningkat.

Tambah rizwam lagi, Antara point penting, menghentikan dahulu eksport telur buat jangka masa tertentu untuk memenuhi permintaan semasa tempatan.

“Jika betul pengeluaran domestik tak cukup, eksport perlu dihentikan.

“Jika pengeluaran domestik cukup namun pemain lebih cenderung kepada eksport untuk untung lebih, eksport perlu dihentikan.

“Jika harga pengeluaran domestik lebih mahal dari import, ubah cara dan teknologi yang digunakan.

“Ini contoh contoh situasi yang kita boleh adjust berdasarkan data. Namun kita perlukan data yang tepat.

“Nak dapatkan data yang tepat? Tekan kan penggunaan blockchain.

“Kerajaan bukan profit oriented body tapi kerajaan adalah authority body. Dan sebagai authority body, bagi saya kerajaan ada hak untuk akses setiap data dari mana mana pemain industri,” ujarnya

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya