Wan junaidi

4 Ahli Parlimen GRS tidak perlu kosongkan kerusi mereka -Wan Junaidi 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 31 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR -— Empat Ahli Parlimen GRS yang mengumumkan keluar daripada Bersatu, tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), berkata selepas dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai pagi tadi, empat ahli Bersatu Sabah itu telah meletakkan jawatan dalam parti mereka pada awal Okt lalu sebelum bertanding pada PRU15.

“Dalam hal ini saya perlu bersetuju dengan peguam Perlembagaan, Fuad Tengku Ahmad katanya.

Dalam pada itu, menurut Wan Junaidi lagi Dalam PRU15 baru-baru ini, Ahli Parlimen ini bertanding di bawah sepanduk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pakatan parti itu dengan Bersatu berakhir pada awal Oktober tahun ini, sebelum pemilihan berlangsung. Oleh itu, mereka tidak melanggar akta anti-lompat parti Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sabahmedia turut melaporkan Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai peruntukan berkaitan keahlian terus kepada individu dan kesatuan antara parti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Ahli Parlimen Papar itu berkata beliau sendiri merupakan antara individu yang terlibat dalam mendraf perlembagaan gabungan tersebut dan memohon semua pihak agar meneliti perkara berkenaan sebelum membuat apa-apa ulasan mengenai GRS serta wakil rakyatnya.

Armizan berkata sebagai contoh, beliau sendiri adalah ahli terus GRS dan bertanding serta menang atas tiket gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun belum membuat sebarang pengumuman atau keputusan berhubung status keahliannya dalam Bersatu.

“Kita melihat pelbagai andaian dan spekulasi apabila Datuk Seri Hajiji Noor (bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah) mengumumkan pemimpin Bersatu Sabah keluar parti tetapi masih kekal dalam GRS, dalam perlembagaan gabungan ini mempunyai keahlian terus individu dan kesatuan parti.

“Siapa pihak yang keluar Bersatu Sabah perlu diperincikan, itu keputusan kepimpinan tertinggi Bersatu Sabah yang akan disusuli pernyataan rasmi pihak yang menyatakan pendirian keluar Bersatu,” katanya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *