HomeUtamaGraduan kembar rai hari graduasi bersama

Graduan kembar rai hari graduasi bersama

Read Time:1 Minute, 9 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Pasangan kembar berjaya mencuri tumpuan apabila meraikan kejayaan bersama pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24 yang berlangsung di Dewan Canselor UMS di sini.

Pasangan kembar Chan Vinzie dan Chan Vinkie, 24, merupakan kumpulan pertama mengambil program ijazah Sarjana Muda Pemakanan dengan Kepujian yang baharu diperkenalkan di UMS pada tahun 2018.

Kedua-dua kembar itu mencatat keputusan membanggakan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) masing-masing 3.24 dan 3.54.

“Pada awalnya kami berdua merupakan pelajar dari program Sains Makanan dan Pemakanan.

“Namun apabila mendapat tahu, sekiranya kami berdua ingin menceburi bidang pemakanan sebagai pakar pemakanan, kursus tersebut tidak dapat merealisasikan impian kami,” kata Vinzie.

Justeru, Vinkie berkata, pada tahun 2018 mereka mengambil keputusan untuk menukar program baharu ini dengan dorongan daripada Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Prof. Madya Ts. Dr. Hasmadi Mamat.

“Tidak lupa juga, ibu bapa kami yang memberikan sokongan tidak terhingga meskipun terpaksa bertukar kursus pada pertengahan semester tahun 2018. Mereka juga banyak membantu dari segi kewangan.

“Kami berdua sangat berterima kasih kepada orang sekeliling yang banyak membantu dan memberi motivasi untuk menamatkan pengajian di UMS,” katanya lagi.

Pasangan kembar kelahiran Perak itu sekarang bekerja secara separuh masa sebagai setiausaha di sebuah syarikat di Perak dan berhasrat untuk bekerja dan menggunakan pengetahuan mereka dalam bidang pemakanan suatu hari nanti. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular