HomePolitikGRS Sedar Mengenai Akta Lompat Parti, yakin tidak akan terkesan kata Setiausaha...

GRS Sedar Mengenai Akta Lompat Parti, yakin tidak akan terkesan kata Setiausaha Agungnya

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU —Gabungan Parti Rakyat Sabah ( GRS) serta 4 Ahli Parlimennya menyedari dan maklum mengenai akta anti lompat parti yang berkuatkuasa 5 oktober 2022 sebelum mereka menjadi calon pada pilihaharaya ke 15 yang lalu. 

Justeru mereka akan memaklumkan kepada Speaker Parlimen mengenai kedudukan mereka dan akan mengeluarkan kenyataan sewajarnya ujar Setiausaha Agung Parti GRS, Datuk Seri Masidi Manjun. 

Tegasnya lagi, parti itu yakin ahli parlimennya tidak akan terkesan terhadap akta berkenaan katanya melalui satu kenyataan hari ini. 

Kelmarin, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pemimpin Bersatu Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah GRS.

Empat Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Armizan Mohd Ali, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Papar), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, menunggu laporan rasmi dan pandangan perundangan dari pejabat Peguam Negara (AG), berhubung kedudukan empat ahli Parlimen dari parti Bersatu yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, keputusan muktamad adalah terpulang kepada Speaker (Dewan Rakyat) dalam masa 21 hari, selepas notis diberikan kepada beliau.

“Tetapi dalam pindaan Perlembagaan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663), diletakkan beberapa syarat untuk membuat kepastian.

“Jadi di luar bidang kuasa saya untuk memberikan komen. Tapi saya tunggu laporan dan ‘legal opinion’ Peguam Negara,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya