HomeIsu tempatanPenguasaan Bahasa Inggeris tingkat kebolehpasaran graduan ke peringkat global

Penguasaan Bahasa Inggeris tingkat kebolehpasaran graduan ke peringkat global

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Tahap kebolehpasaran para graduan mampu ditingkatkan ke peringkat global melalui penguasaan Bahasa Inggeris.

Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Azman Hashim berkata, tahap penguasaan bahasa pengantar antarabangsa itu kini menunjukkan penurunan dengan ketara.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris telah banyak menurun. Sebagai contoh, semasa temu duga kerja terdapat banyak graduan yang berprestasi rendah.

“Dalam persidangan antarabangsa juga menyaksikan beberapa pihak dari Thailand dan Indonesia pernah mengusulkan pertanyaan tersebut kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UMS ke-24 di Dewan Canselor UMS di sini semalam.

Azman berkata, terdapat ramai graduan yang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Graduan semasa temu duga kerja tidak boleh berkomunikasi, menerangkan, atau bercakap dengan betul menggunakan bahasa Inggeris.  Kekurangan yang ada ini menyebabkan mereka kehilangan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau menyifatkan graduan yang menguasai bahasa Inggeris pada tahap yang maksimum sebagai graduan yang berpeluang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan.

“Pada setiap majlis graduasi, beribu graduan baharu yang diraikan. Graduan-graduan ini seterusnya akan membuat permohonan kerja pada mana-mana syarikat.

“Graduan yang menguasai bahasa Inggeris mempunyai peluang yang lebih luas kerana mereka tidak terhad di dalam Malaysia sahaja, tetapi juga di peringkat global.

“Graduan ini juga akan lebih cenderung diambil untuk bekerja oleh syarikat-syarikat swasta yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris,”katanya.

Katanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang harus diajarkan kepada semua orang semenjak dari kecil lagi.

“Bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang sangat indah. Ia patut dipelajari dan dikuasai oleh semua orang untuk kebaikan pada masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya