HomeUtamaInstitusi Masjid, Surau disaran wujudkan e-Masjid dan e-Kariah

Institusi Masjid, Surau disaran wujudkan e-Masjid dan e-Kariah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Institusi masjid dan Surau di negeri ini disaran untuk mewujudkan e-Masjid atau e-Kariah yang dilihat seiring dengan inovasi Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, imej dan integriti masjid akan dapat dilonjakkan pada tahap tertinggi jika inisiatif itu dapat direalisasikan.

Katanya, selain itu ianya juga akan memberi anjakan paradigma kepada ahli jawatankuasa masjid, jemaah, ahli kariah dan sebagainya.

“Masjid akan lebih dikenali, dikunjungi dan dimeriahkan dengan pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan, ekonomi, ibadah ritual dan lain-lain lagi.

“Institusi masjid dan surau juga wajar memiliki laman web, blog dan portal masing-masing agar jemaah, ahli kariah atau siapa saja mudah menghubungi pihak pengurusan Dan pentadbiran masjid pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Masjid dan Surau Cemerlang, Imam Cemerlang peringkat daerah, tokoh imam peringkat negeri Sabah dan kaunter pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah terbaik 2022 di sini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Fairuz Renddan.

Mohd Arifin berkata, jawatankuasa masjid perlulah celik komputer Dan teknologi maklumat agar usaha murni itu dapat dilakukan segera.

Katanya, pelaksanaan digitalisasi perlu dimanfaatkan dan diperkasakan berikutan rata-rata jawatankuasa masjid kini terdiri daripada golongan muda dan berpelajaran.

“Melihat kepada potensi besar yang ada pada masjid maka persepsi kuno masjid sebagai tempat ibadah ritual sahaja sudah tidak relevan.

“Institusi ini perlu dibangunkan sejajar dengan perkembangan semasa dan ditingkatkan pada tahap yang selayaknya. 

“Semua pihak mesti berganding bahu, tenaga dan kepakaran untuk merealisasikan masjid sebagai have maklumat, ekonomi dan sosial umat Islam,”katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Perbezaan, kepelbagaian budaya tidak halang rakyat tingkat semangat perpaduan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya