HomeIsu tempatanGraduan diingatkan buat bayaran semula pinjaman PTPTN

Graduan diingatkan buat bayaran semula pinjaman PTPTN

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Para graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diingatkan agar menunaikan tanggungjawab untuk membuat pembayaran balik semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, pembayaran semula itu adalah bagi memastikan dana negara mencukupi untuk menampung pelajar-pelajar lain yang masih menuntut dan bakal masuk ke universiti.

“Fungsi utama PTPTN adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

“Ia telah membantu para graduan dari sejak awal menjejakkan kaki ke universiti sehinggalah berjaya bergraduasi. Oleh itu, para graduan perlu mengutamakan bayaran balik PTPTN setelah mendapat pekerjaan kelak,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen UMS ke-24 di sini baru-baru ini.Kasim berkata, pembayaran itu juga bagi mengelakkan para graduan menghadapi kesulitan pada masa akan datang.

“Kegagalan untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan mereka disenarai hitam oleh institusi perkhidmatan kewangan yang lain.

“Atau dalam senario yang lebih jauh, kita risau mereka juga mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Jadi saya ingin berpesan sekali lagi, agar apabila para graduan sudah memperoleh pendapatan atau bekerja kelak, utamakan pembayaran semula pinjaman PTPTN,” katanya.

Kasim turut mengucapkan tahniah kepada 4,298 orang graduan yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UMS Kali ke-24. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Rumah Terbuka Aidilfitri wadah erat hubungan silaturrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya