HomePolitikHajiji kekal sebagai Pengerusi GRS

Hajiji kekal sebagai Pengerusi GRS

Read Time:59 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju untuk mengekalkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajij Noor sebagai Pengerusi GRS.

Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, persetujuan itu dibuat dalam satu mesyuarat AMT GRS yang dipengerusikan olehnya pada 9 Disember lalu.

“Pada 9 Disember lalu, saya telah mempengerusikan satu mesyuarat AMT GRS dan mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk mengekalkan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi GRS.

“Selain itu, mesyuarat juga telah memutuskan untuk menggugurkan keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Ahli Badan Gabungan dan GRS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden BERSATU yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang mendakwa pembabitan GRS dalam menandatangi perjanjian persefahaman bersama parti gabungan lain Kerajaan Perpaduan, kelmarin, sebagai tidak sah.

Maximus berkata, keputusan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan adalah atas komitmen bagi membina sebuah Kerajaan yang stabil demi kepentingan, kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air.

“Beliau (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) ataupun partinya tidak ada hubungan dengan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti beliau,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya