HomeIsu tempatanMayat remaja lemas ditemui

Mayat remaja lemas ditemui

Read Time:55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA PENYU: Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas semasa aktiviti mandi-manda di persisir pantai Kg Tempurung di sini petang semalam, mayatnya telah ditemui pada jam 6:15 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa Ikhwan Haikal Kamis,17, ditemui anggaran jarak 50 meter daripada persisiran pantai dan 400 meter daripada lokasi Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Seterusnya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi SAR ditamatkan pada jam 8.05 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat, Kuala Penyu menerima laporan terdapat mangsa dikhuatiri lemas di persisir pantai Kg. Tempurong Kuala Penyu.

Menurut maklumat dari pemanggil terdapat tiga orang mangsa lelaki melakukan aktiviti riadah (mandi-manda) di persisir Pantai.

Dua orang mangsa dapat diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada dilokasi, manakala seorang mangsa telah tenggelam dibawa arus dan ombak.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Mohamad Hafizat, 15 dan Mohamad Hafizan, 17. Kedua-dua mangsa kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Penyu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya