HomeIsu tempatanPenggemar bidang fotografi dipelawa sertai KPF 2022

Penggemar bidang fotografi dipelawa sertai KPF 2022

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Agensi Kerajaan dan swasta di negeri ini dipelawa untuk menyertai Festival Foto Kinabalu (KPF) yang memberi perkongsian ilmu fotografi digital.

Program kali ketujuh yang dianjurkan sejak 2014 itu merupakan satu perkongsian ilmu daripada jurugambar-jurugambar terkenal di Malaysia.

Pengasas KPF Mohd Idremzizan Idris berkata, program itu juga memberi pengalaman berguna kepada golongan muda untuk berkecimpung dalam bidang fotografi khususnya mereka yang bekerja di agensi Kerajaan mahupun swasta.

Katanya, program ini diadakan bermula 13 hingga 23 Disember depan dengan bertemakan Native.

“Di dalam KPF ini, kita memberi ruang kepada pelajar dan mereka yang meminati dan mahu belajar terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mendekati fotografi atau videografi.

“Kita akan ada Street Photography, Studio Photoshoot, Sembang Kinabalu dan Cerita Videography,” katanya.

Mohd Idremzizan berkata, program ini juga berkonsepkan foto kewartawanan, foto dokumentari dan turut terbuka kepada semua pengamal media khususnya di negeri ini.

“Kita menjangkakan seramai lebih 100 peserta akan menyertai program ini dimana kita menyasarkan pelajar sekolah, kolej, universiti dan kakitangan agensi kerajaan mahupun swasta.

“Antara objektif lain juga, kita mahu membawa nama Sabah ke peringkat antarabangsa menerusi hasil karya yang dihasilkan menerusi fotografi. Saya juga percaya menerusi fotografoi, setiap agensi Kerajaan mampu membawa nama agensi terlibat ke peringkat lebih baik,” katanya.

Antara panel yang akan berkongsi ilmu pada KPF ialah Shamsharin Shamsuddin yang merupakan Mentor KPF yang juga merupakan jurugambar media antarabangsa.

Selain itu Photo Koordinator NSTP Sharul Mohd Zain; Photo Editor Padu Photo dan juga merupakan alumni KPF Ahmad Supian dan Irwan Majid (Pegawai Media Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Negeri Sabah yang juga merupakan bekas pemenang photojournalist Anugerah Photo Global Award yang merupakan anak tempatan Sabah).

Orang ramai yang ingin mengetahui program dan aktivit KPF bolehlah melayari www.kinabaluphotofestival.com – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya