HomeUtamaKBSC Sabah juara Pertandingan Kejuaraan Tari Kanak-kanak Malaysia

KBSC Sabah juara Pertandingan Kejuaraan Tari Kanak-kanak Malaysia

Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) Sabah, dinobatkan sebagai pemenang pingat emas pertandingan Kejuaraan Tari Kanak-kanak Malaysia (KTKKM).

Pegawai Kebudayaan JKKN Sabah, Hassanal Redzuan berkata, KBSC JKKN Sabah yang terdiri dari 15 orang kanak-kanak dan remaja berumur di antara 10 hingga 17 tahun, telah menempah sejarah unggul semalam (18 Dis) di mana mereka telah menewaskan lapan kumpulan KBSC negeri lain dengan merangkul gelaran juara di pertandingan akhir KTKKM yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 17 hingga 18 Disember 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

” Kumpulan tari itu di bawah bimbingan Cikgu Zakaria Md Daud sebagai Koreografer dan Hassanal Redzuan sebagai Penyelaras kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Hassanal, tarian yang dipertandingkan iaitu tarian ‘Sumiling Do Kang Kang Kaput’ ialah tarian tradisi dari suku kaum Murut Binta yang berasal dari Daerah Beaufort, Sabah.

“Tarian ini telah diolah kepada tarian etnik kreatif dan dipersembahkan di atas pentas Panggung Sari, Istana Budaya pada hari pertama pertandingan berlangsung.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kami kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Sabah Tourism Board, Leemyn’s Tailor, pihak persendirian dan para ibu bapa di atas sumbangan dana untuk membantu kami merealisasikan impian kanak-kanak ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya