HomeUtamaTanah runtuh Batang Kali: Emosi anggota JBPM terlibat SAR tetap bersemangat, bermotivasi...

Tanah runtuh Batang Kali: Emosi anggota JBPM terlibat SAR tetap bersemangat, bermotivasi tinggi – KP

Read Time:1 Minute, 9 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

BATANG KALI: Emosi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm Gohtong Jaya di sini yang memasuki hari keempat, masih berada dalam keadaan baik, bermotivasi dan bersemangat.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, sepanjang tempoh lawatannya ke lokasi kejadian, kesemua anggota JBPM bersemangat tinggi dalam usaha mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh yang masih dilaporkan hilang.

“Alhamdulillah, ingin saya katakan bahawa mereka ini sentiasa bergerak aktif dan fokus dalam penugasan yang dilaksanakan. Anggota-anggota JBPM saya tidak mengira penat lelah dan berjiwa kental,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, setakat ini seramai 130 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi SAR berkenaan dengan waktu penugasan dijalankan mengikut sistem penggiliran yang ditetapkan.

Hari ini, enam anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dibawa masuk ke kawasan pencarian yang bermula pada 8.30 pagi tadi, dalam keadaan cuaca mendung setelah operasi ditangguhkan pada kira-kira 9.30 malam semalam, berikutan keadaan cuaca buruk.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali itu, setakat ini menyaksikan 24 nyawa terkorban, sembilan lagi mangsa masih hilang dan 61 orang terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular