HomeIsu tempatanSyarikat swasta diseru perhebat penganjuran program derma darah

Syarikat swasta diseru perhebat penganjuran program derma darah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PUTATAN: Syarikat swasta khususnya di negeri ini diseru untuk terus memperhebat penganjuran program derma darah di Sabah bagi membantu pesakit yang memerlukan bekalan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, penglibatan pihak swasta dalam menganjurkan kempen derma darah amat perlu bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan bekalan darah yang mencukupi.

“Penganjuran program seperti ini menunjukkan keprihatinan dan kesedaran pihak swasta tentang pentingnya Unit Tabung Darah mempunyai bekalan darah yang mencukupi bagi menampung keperluan hospital-hospital di Sabah.

Derma Darah

“Inisiatif pihak pusat jualan kenderaan Proton melalui Syarikat Harapan Maju Putatan menganjurkan program sebegini amat baik dan kita juga mengalu-alukan penglibatan lebih banyak pihak swasta di masa akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Program Kempen Derma Darah anjuran bersama Proton Harapan Maju Sdn. Bhd dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan di sini, baru-baru ini.

Shahelmey juga turut memuji usaha BSMM Daerah Putatan kerana sentiasa mencari jalan untuk menganjurkan kempen derma darah di sekitar daerah tersebut bagi memenuhi keperluan Unit Tabung Darah KKM.

Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang di ruang legar Pusat Jualan Proton turut dibantu lapan petugas Jabatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth yang diketuai Dr Safini Mat Ali berjaya mengumpul sebanyak 34 pain darah. 

Hadir sama, Pengarah Urusan Harapan Maju Sdn Bhd, Lawrence Wong, Naib Pengerusi BSMM Putatan, Adnan@ Awang Damit Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Program Derma Darah Daerah Putatan, Harun @Hamidon Abd. Wahab, Setiausaha Kehormat BSMM Putatan, Zainuddin Moksil, Bendahari Kehormat, Fibe Angela Kong dan Pegawai Publisiti BSMM Putatan, Azman Jumat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular