HomeUtamaGraduan PhD Abadikan Kecemerlangan di Puncak Gunung Kinabalu

Graduan PhD Abadikan Kecemerlangan di Puncak Gunung Kinabalu

Read Time:2 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dr Dexter Silam, 44, seorang graduan pengajian Doctor of Philosophy (PhD) dalam jurusan Kepimpinan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), mengabadikan gambar kenangan kecemerlangan PhDnya dengan berjubah lengkap graduan di puncak Gunung Kinabalu pada Ahad (18 Dis).

Dr Dexter yang juga merupakan pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) telah berjaya menamatkan pengajian PhD pada 10 Disember baru-baru ini sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-24.

Pendakian kali ke 31 menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia itu, Dr Dexter berkata, ini adalah kali kedua beliau merakamkan gambar kenangan yang sama berjubah lengkap graduan di atas puncak Gunung Kinabalu selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Master Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) di UMS pada tahun 2016.

Dexter berjubah lengkap graduan di puncak Gunung Kinabalu selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Master Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) di UMS pada tahun 2016.

Sehubungan dengan itu, Dr Dexter juga turut mendedahkan mengapa beliau kerap melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu.

“Ini adalah hasrat dan impian saya, kerana sepanjang tiga tahun mengharungi perjalanan pengajian PhD, saya kerap melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu untuk mencari ketenangan dalam kebuntuan mencari idea dan meneruskan penulisan tesis saya sekali gus saya juga dapat mempromosikan keunikan dan keindahan Gunung Kinabalu di mata dunia sebagai salah satu destinasi utama para pelancong.

“Justeru dengan berkongsi memori saya ini, ia juga boleh menjadi inspirasi kepada semua khususnya mereka yang masih berjuang menamatkan pengajian di peringkat PhD,” katanya semasa dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Dr Dexter, dia memulakan hobinya mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 1999 sehingga kini dan sepanjang 31 kali pendakian yang telah dilakukan, beliau banyak merakamkan gambar-gambar kenangan sebaik sahaja tiba di puncak Gunung Kinabalu itu seperti memakai pakaian tradisional suku kaum yang terdapat di negeri Sabah ini.

Dexter berpakaian Baju Melayu di puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2020.

Bagaimanapun, katanya, dengan mengenakan pakaian agak nipis adalah pengalaman paling sejuk beliau tempuhi tetapi demi merakamkan gambar kenangan di atas puncak Gunung Kinabalu, beliau terpaksa bertahan untuk seketika.

Dexter berpakaian suku kaum Kadazan semasa Pesta Kaamatan di puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2022.

“Saya tidak nafikan pengalaman berpakaian nipis di atas puncak Gunung Kinabalu adalah paling sejuk saya rasa, tapi demi memorikan, radu saja, saya rasa gembira dan puashati,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengurus Operasi Sutera Santuary Lodge Resort, Suhaimi Danin, beliau juga turut berasa bangga dan ini merupakan sejarah pertama graduan PhD mencipta memori dengan menawan puncak Gunung Kinabalu dengan memakai jubah lengkap graduan PhD.

Dalam pada itu, selain berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh tiga tahun, Dr Dexter juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Aspirasi Pascasiswazah.

Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menyiapkan kajian penyelidikan berkaitan kepimpinan pulau di negeri Sabah yang bertajuk Kompetensi Kepimpinan dan Kepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah Pulau di Negeri Sabah.

Dr Dexter yang berasal dari daerah Lahad Datu ini, kini sedang bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi.

Justeru, beliau berhasrat besar untuk menyiapkan satu modul kepimpinan pulau yang boleh digunakan di peringkat KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan khasnya Institut Aminuddin Baki.

Disamping itu, Dr Dexter juga merupakan alumni sejati UMS yang telah menamatkan siri pengajian dari Ijazah Sarjana hingga peringkat PhD di universiti yang sama.

Beliau turut berharap supaya akan terus cemerlang dalam kerjaya kerana ingin membawa perubahan dalam kepimpinan pendidikan khususnya dalam kalangan pengetua, guru besar di kawasan pedalaman khasnya di pulau-pulau dalam Negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya