HomePolitikEmpat Ahli Parlimen GRS sertai gabungan sebelum penamaan calon- Jeffrey Kitingan

Empat Ahli Parlimen GRS sertai gabungan sebelum penamaan calon- Jeffrey Kitingan

Read Time:1 Minute, 45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sebelum ini menjadi ahli kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah meletak jawatan dari BERSATU sebelum penamaan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, mereka juga merupakan Ahli Parlimen yang sah selepas menang bertanding pada pilihan raya lalu atas tiket GRS selain turut  diberikan watikah menjadi calon oleh GRS.

“Saya ingin memberi penjelasan mengenai empat Ahli Parlimen daripada GRS, mereka ini adalah wakil Parlimen yang sah bertanding atas tiket GRS, diberi watikah dari GRS.  Mereka telah menjadi ahli GRS sebelum penamaan calon.

“Mereka ini telah meletakkan jawatan dan menjadi ahli GRS pada 27 Oktober lalu dan mengikuti perlembagaan BERSATU mengatakan Fasal 10.2.3 yang mana jika seorang ahli sudah menyertai parti lain maka keahlian  dalam parti BERSATU dengan sendirinya tergugur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, empat Ahli Parlimen berkenaan adalah merupakan ahli GRS selepas mereka menyertai gabungan itu pada 27 Oktober lalu.

Katanya, ia sekaligus menolak dakwaan empat Ahli Parlimen berkenaan masih lagi menjadi ahli BERSATU selain tidak terkait dengan Undang-undang anti lompat parti.

“Undang-undang anti lompat parti berlaku bila seorang itu sudah dipilih atas tiket parti itu dan mereka meninggalkan parti itu untuk menjadi ahli parti lain.

“Dengan itu, GRS yang ada di sini (Ahli Parlimen) adalah GRS yang sah dan mereka akan serahkan dokumne-dokumen kepada Speaker selepas ini.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa GRS sekarang adalah parti lokal 100 peratus dan kita tidak mahu lagi diheret sana sini untuk dipergunakan oleh parti-parti Semenanjung,” katanya.

Empat Ahli Parlimen GRS berkenaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Potensi limau bali di Sabah perlu terus diterokai petani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular