HomeIsu tempatanPerbicaraan kes Ebit Lew diteruskan

Perbicaraan kes Ebit Lew diteruskan

Read Time:36 Second

TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom sebentar tadi bagi menghadiri sambungan prosiding perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan dirinya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan bangunan mahkamah pada jam 9.50 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda berwarna hitam dan ditemani peguam.

Terdahulu, Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom. 

Menerusi pertuduhan berkenaan, Ebit didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular