HomeUtamaTun Juhar kekal TYT Sabah

Tun Juhar kekal TYT Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini menerima Surat Cara Pelantikan sekaligus menyambung tempoh perkhidmatannya selama dua tahun.

Beliau menerima surat cara tersebut daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Istiadat turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa Menteri Kabinet.

Turut berangkat di Istana Negara di Kuala Lumpur ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tun Juhar (kiri) menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah – Pix JAPEN

Hadir sama, isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tun Juhar, 69, dilantik ke jawatan berkenaan sejak 1 Januari 2011 dan disambung perkhidmatan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah pada tahun 2018 bagi memansuhkan had tempoh dua penggal perkhidmatan Tuan Yang Terutama (TYT).

Dalam pada itu, Tun Juhar turut dijadualkan menyempurnakan Istiadat Lafaz Sumpah Jawatan TYT Sabah bagi penggal keempat di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu pada 1 Januari depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya