HomeUtamaKKM sahkan tarik balik produk sos pasta berkrim carbonara cendawan Prego 

KKM sahkan tarik balik produk sos pasta berkrim carbonara cendawan Prego 

Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengesahkan penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan jenama Prego keluaran Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan terdapat tanda-tanda kerosakan pada produk seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.

Menurut beliau, KKM turut menerima notifikasi daripada syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di negara ini. 

“Pihak syarikat mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.

“Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, katanya, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat serta merta.

“Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang sudah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan,” ujarnya. 

Tambahnya, orang ramai disaran untuk mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) semalam, Sos Pasta Prego Carbonara Mushroom yang diimport ke Singapura ditarik balik, lapor agensi berita, CNA.

Menurut SFA, pihaknya diberitahu oleh The Arnott’s Group bahawa terdapat ‘kesilapan pengilangan’ pada kumpulan sos pasta berkenaan (665g). 

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya