HomeIsu tempatanMUIS, PBNS salur sumbangan bantu 29 KIR terjejas bencana di Kampung Tanjung...

MUIS, PBNS salur sumbangan bantu 29 KIR terjejas bencana di Kampung Tanjung Aru Baru

Read Time:1 Minute, 33 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi Pusat Zakat Sabah (PZS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) menyampaikan sumbangan kepada 29 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat dibadai ombak dan ribut di Kampung Tanjung Aru Baru di sini semalam.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, KIR yang terlibat masing-masing menerima sumbangan zakat sebanyak RM500.

“MUIS memberikan sumbangan RM500 bagi setiap KIR mangsa bencana ombak ini dan kita akan menunggu laporan terkini berkemungkinan ada yang tercicir.

“Setakat ini, kita menyediakan jumlah keseluruhan RM40,000 bantuan untuk mangsa musibah termasuk mangsa di Pulau Gaya.

“Kita berharap sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban mangsa-mangsa yang terjejas dengan bencana ini,” katanya.

Beliau yang diiringi Timbalan Yang DiPertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad meninjau lokasi kejadian bencana di Kampung Tanjung Aru Baru di sini petang tadi.

Arifin berkata, keperluan mangsa akan diselaraskan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bersama pasukan keselamatan dan diberikan maklumat mengenai bencana dari semasa ke semasa.

Sementara itu, UPPM Tanjung Aru, Mohd Ridwan Aklee berkata, pihaknya merekodkan seramai 29 mangsa dengan jumlah rumah yang dipercayai mengalami kerosakan melebihi 25 buah.

“Jumlah mangsa bagi kawasan Tanjung Aru ialah 29 orang yang telah berdaftar, tetapi laporan yang kita terima semalam seramai 35 orang.

“Bagaimanapun, kita telah mengesahkan dua buah rumah ranap, empat laluan titian kayu telah roboh dan putus di Kampung Tanjung Aru Baru.

“Manakala di Kg Tanjung Aru Lama, dua buah rumah mengalami kerosakan dan satu tidak selamat didiami serta sebuah jambatan juga telah roboh.

“Di Pulau Gaya, kita masih menunggu laporan penuh tetapi saya difahamkan terdapat beberapa buah rumah juga telah roboh di Kg Pondo Pulau Gaya dan beberapa jambatan rosak,” katanya.

Kejadian ombak dan ribut semalam didakwa penduduk sekitar sebagai yang paling teruk pernah berlaku di kawasan berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya