HomeUtamaMangsa terjejas banjir, air pasang besar di Sabah terus meningkat

Mangsa terjejas banjir, air pasang besar di Sabah terus meningkat

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah terus meningkat kepada 344 mangsa dengan pertambahan dua lagi PPS dibuka.

Setakat jam 8 malam tadi, dua PPS yang baharu dibuka adalah di Dewan Terbuka Kampung Salimpodon Pitas dan Dewan Muhibbah Sembulan.

Jumlah mangsa di PPS Dewan Kampung Mempakad adalah seramai 163 mangsa melibatkan 35 ketua isi rumah (KIR) dan Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan seramai 83 mangsa melibatkan 18 KIR.

PPS Dewan Terbuka Kampung Salimpodon yang baharu dibuka menempatkan seramai 13 mangsa melibatkan tiga KIR.

Bagi PPS daerah Kota Belud di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa menempatkan 68 mangsa melibatkan 21 KIR.

Manakala di PPS Dewan Muhibbah Sembulan pula menempatkan seramai 17 mangsa melibatkan lima KIR.

Kesemua mangsa yang dipindahkan ke PPS adalah yang terlibat dengan fenomena air pasang besar dan banjir. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kita mahu keputusan positif – Kim Swee

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya