Lapan PPS dibuka, jumlah mangsa fenomena air pasang dan banjir terus meningkat di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga buah daerah di Sabah dibuka bagi menempatkan seramai 651 mangsa fenomena air pasang dan banjir.

Sehingga jam 8 pagi tadi, enam dari PPS yang dibuka adalah di daerah Pitas manakala selebihnya masing-masing di Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Di Pitas, antara PPS yang dibuka bagi menempatkan mangsa fenomena air pasang ialah Dewan Kampung Mempakad; Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan; Dewan Terbuka Kampung Salimpodon dan Gereja SIB Kampung Luntuk.

Turut dibuka di Pitas adalah PPS Dewan Terbuka Kampung Rosob dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan.

Bagi daerah Kota Belud yang menempatkan mangsa banjir adalah di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa melibatkan seramai 78 mangsa.

Di Kota Kinabalu pula yang menempatkan seramai 45 mangsa fenomena air pasang ditempatkan di PPS Dewan Muhibbah Sembulan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, mangsa yang ditempatkan di PPS di daerah Pitas adalah seramai 528 mangsa melibatkan 123 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Di Kota Belud pula seramai 78 mangsa melibatkan 23 KIR dan 45 mangsa melibatkan 14 KIR ditempatkan di PPS daerah Kota Kinabalu,” menurut laporan itu di sini hari ini. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *