HomeEkonomiBelia digalakkan ceburi bidang usahawan, dekati agensi KUSKOP

Belia digalakkan ceburi bidang usahawan, dekati agensi KUSKOP

Read Time:1 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Golongan belia khususnya di negeri ini digalakkan untuk terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan selain mendekati agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi (KUSKOP).

Menteri Pembangunan Usahawan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, golongan itu boleh bermula sebagai penjaja kecil dan ianya juga berupaya menghasilkan pendapatan selain peluang pekerjaan.

Katanya, agensi di bawah KUSKOP juga bersedia untuk memberi bimbingan, latihan serta bantuan kepada golongan ini bagi membangunkan perniagaan mereka.

“Peluang keusahawanan akan terus diperkasa.  Justeru itu, saya menjemput anak-anak muda untuk melibatkan diri berkecimpung dalam sektor keusahawanan bermula dengan mengunjungi agensi-agensi kami.

“Antaranya seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM); Tekun Nasional; SME Corp; Bank Rakyat termasuk Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Bimbingan INSKEN Edisi Sabah 2022 di sini semalam.

Ewon berkata, dunia digital masa kini banyak memberi faedah kepada semua golongan khususnya usahawan.

“Generasi muda kita kini banyak masa di media sosial, kenapa kita tidak banyakkan masa dalam keusahawanan digital.  Sudah tentu dengan menggunakan media sosial itu, usahawan belia akan dapat menjana pendapatan dengan lebih banyak,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 52 usahawan dari Sabah berjaya menamatkan Program INSKEN Bumiputera Business Coaching selama empat bulan dalam dua industry iaitu Jahitan dan Jualan Pasar Raya Makanan dan Minuman. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya