HomeUtama674 mangsa fenomena air pasang, banjir di Sabah dipindahkan ke 8 PPS

674 mangsa fenomena air pasang, banjir di Sabah dipindahkan ke 8 PPS

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Seramai 674 mangsa fenomena air pasang dan banjir di tiga daerah di Sabah ditempatkan di lapan buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) sehingga 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu juga mencatatkan peningkatan seramai 23 mangsa berbanding 651 mangsa yang dilaporkan jam 8 pagi tadi.

Antara daerah yang terlibat adalah Pitas; Kota Belud dan Kota Kinabalu.

“Bagi daerah Pitas, PPS yang dibuka kekal sebanyak enam buah PPS iaitu di Dewan Kampung Mempakad; Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan; Dewan Terbuka Kampung Salimpodon dan Gereja SIB Kampung Luntuk.

“Turut dibuka di Pitas adalah PPS Dewan Terbuka Kampung Rosob dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Manakala PPS yang dibuka di Kota Belud dan Kota Kinabalu juga masing-masing kekal satu PPS bagi menempatkan mangsa fenomena air pasang dan banjir.

Mangsa yang terlibat dengan fenomena air pasang di Pitas adalah seramai 528 orang melibatkan 123 ketua isi rumah (KIR) dan Kota Kinabalu seramai 45 orang melibatkan 14 KIR.

Bagi mangsa yang terlibat banjir di Kota Belud pula adalah seramai 101 orang melibatkan 27 KIR. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya