HomeUtamaBapa bawa anak OKU samun kedai serbaneka

Bapa bawa anak OKU samun kedai serbaneka

Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR — Seorang penganggur sanggup membawa anak lelakinya, kanak-kanak OKU berusia 12 tahun, ketika melakukan jenayah samun di sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam, Melaka, Jumaat lepas.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata, kejadian pada 1.30 tengah hari itu dilaporkan pekerja premis berkenaan.

Pekerja wanita itu memberitahu polis beliau disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau, yang turut membawa seorang kanak-kanak lelaki OKU.

“Suspek didakwa turut melarikan wang tunai kira-kira RM197 dan tiga kotak rokok bersamanya,” kata Christopher, lapor Berita Harian.

Susulan laporan itu, katanya, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas D9, IPD Melaka Tengah, bersama pasukan “task force” dari Balai Polis Batu Berendam mula memburu suspek.

Tidak sampai lima jam selepas kejadian, suspek berusia 32 tahun itu berjaya ditangkap pada kira-kira 6 petang di kawasan Bukit Piatu, kata Christopher.

“Turut ditahan bersama suspek, anaknya yang berusia 12 tahun. Polis turut merampas wang tunai kira-kira RM187 dan satu kotak rokok serta pakaian dipakai ketika kejadian.”

Christopher berkata, hasil ujian saringan air kencing, suspek didapati positif dadah. Semakan lanjut mendapati dia turut mempunyai tiga rekod lampau, membabitkan kes jenayah serta dadah.

Suspek direman selama lima hari sehingga Rabu ini bagi siasatan lanjut bawah Kanun Keseksaan.

“Anaknya dibebaskan dengan jaminan polis,” kata Christopher.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya