Lebih 100 rumah roboh dipukul ombak

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

SANDAKAN : Sebanyak lebih 100 buah rumah dilaporkan roboh akibat dipukul ombak ketika fenomena air laut pasang besar yang berlaku di dua buah kampung di daerah ini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lebih 200 mangsa dilaporkan turut terjejas melibatkan Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua.

Mangsa yang terlibat kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, dianggarkan lebih 110 buah rumah roboh di Kampung Forest.

“Selain itu, turut dianggarkan sebanyak 500 buah rumah terancam dalam kejadian ini.  Manakala, lima buah rumah turut roboh di Kampung Tinusa Dua dan sebanyak 20 buah lagi dilaporkan terancam.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah melaporkan dalam kejadian itu dianggarkan membabitkan lebih 200 mangsa dan 96 keluarga.

“Namun, pecahan mangsa belum dikenalpasti dan proses pemindahan masih dijalankan,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *