HomeUtamaKerajaan Sabah komited bangunkan modal insan, golongan belia

Kerajaan Sabah komited bangunkan modal insan, golongan belia

Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

MEMBAKUT : Kerajaan Sabah amat komited untuk membangunkan modal insan di negeri ini termasuk golongan belia.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Kerajaan telah meletakkan pembangunan modal insan sebagai antara teras hala tuju kerajaan negeri Sabah.

Katanya, banyak inisiatif khusus kepada belia diperkenalkan baik dalam bidang pendidikan, sukan, rekreasi, keusahawanan dan lain-lain.

“Antara bantuan yang disediakan kerajaan kepada golongan belia ialah Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS). Bantuan ini menyasarkan para belia yang terlibat dalam perniagaan sama ada memulakan, memulihkan atau mengembangkan perniagaan.

“Inisiatif ini pasti membantu mereka yang layak sekurang-kurangnya untuk kembali bangkit akibat kesan negatif yang ditinggalkan oleh pandemik COVID-19,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Program Outreach Belia SMJ di sini baru-baru ini.

Mohd Arifin berkata, dalam bidang pendidikan pula, terdapat banyak program dilaksanakan kerajaan antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI); Bantuan Tunai Peperiksaan (BAKTI); BAGUS, BISBAH, AKSA, BAIK dan lain-lain.

Katanya, kesemua itu merupakan bantuan kepada pihak sekolah dan para pelajar secara langsung.

“Melalui pelaksanaan pelbagai program yang telah, sedang dan akan digerakkan membuktikan betapa Kerajaan Sabah amat mengambil berat kebajikan dan pembangunan modal insan Negeri ini.

“Kita meletakkan keyakinan tinggi kepada kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk memacu negeri ini lebih maju dan gemilang.

“Dengan rekod dan pencapaian tersebut, kerajaan negeri amat memerlukan kestabilan untuk terus fokus membangunkan negeri ini.

“Saya harap kita tidak akan terikut-ikut dengan budaya perpecahan yang dibawa oleh pihak luar yang hanya akan merugikan negeri dan rakyat Sabah secara keseluruhan. Kita perlu sederap dan bersama membangunkan negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya