HomeIsu tempatanSabah rangkul juara, naib juara Bintang Kecil 2022

Sabah rangkul juara, naib juara Bintang Kecil 2022

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Sabah berjaya merangkul gelaran juara dan naib juara kemuncak Bintang Kecil 2022 yang berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching malam tadi.

Juara pertandingan itu dimenangi oleh Qahirah Maisarah Syahil yang menendangkan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan.

Kejayaan itu membolehkan Qahirah membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 piala dan sijil penghargaan.

Seorang lagi peserta mewakili zon Sabah, Fateeha Nasleen Suhaillin berjaya dinobatkan sebagai naib johan dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, piala beserta sijil penghargaan.

Sementara itu, peserta mewakili Johor Wa’ie Mohd Zain berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Wa’ie juga turut meraih anugerah Protege Bintang Pilihan Prodigy membawa pulang hadiah berupa Piano Digital.

Tiga peserta lain pula sekadar berpuas hati mendapat gelaran saguhati yang turut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM5,000.

Mereka adalah Nur Qasih Umairah dari zon Sarawak, Puteri Ainul Farisya Zuraimi dari Perlis dan Adam Syahmi Mohd Faizul dari Pahang.

Seramai enam peserta Kemuncak Bintang Kecil 2022 berentap mempersembahkan kekuatan vocal masing-masing selain mempamerkan kreativiti di pentas akhir malam tadi.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia catat 37 tangkapan, rampasan lebih RM1.2 juta setakat Jun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular