HomeUtama15 rumah di Menumbok terjejas susulan air pasang besar

15 rumah di Menumbok terjejas susulan air pasang besar

Read Time:1 Minute, 11 Second

MENUMBOK: Sebanyak 15 buah rumah di perkampungan atas air Kampung Laut dan Sekalong di sini terjejas susulan fenomena air pasang besar yang berlaku semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian yang berlaku bermula jam 11 malam hingga 1 pagi itu dilaporkan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Namun kejadian itu telah memusnahkan keseluruhan harta benda penduduk yang terlibat selain rumah turut dimasuki aidr pasang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching menyeru agar penduduk yang tinggal dikawasan pesisir pantai agar sentiasa berwaspada ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut meminta agar penduduk terlibat untuk sentiasa mendapatkan laporan terkini mengenai keadaan cuaca dari pihak berkuasa.

“Alhamdulillah hari ini saya berpeluang menemui mereka yang terjejas disamping menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.

“Saya juga turut bersyukur kerana tidak ada kejadian yang serius yang berlaku seperti rumah roboh sebagaimana yang berlaku di lain-lain daerah seperti di Sandakan,Pitas, Kudat dan Tanjung Aru Kota Kinabalu.

“Atas sebab keselamatan, saya juga meminta penduduk untuk mengosongkan rumah mereka dan menyelamatkan dokumen domumen penting sekiranya fenomena seperti ini berlaku di luar jangkaan,” katanya.

Dalam pada itu, Aminah turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK ) di kampung yang terlibat agar memantau keadaan jambatan yang menghubungkan antara rumah ke rumah yang mungkin mengalami kerosakan ekoran bencana tersebut.

Katanya, jika berlaku kerosakan ianya perlu diperbaiki segara agar tidak menjejaskan kehidupan penduduk yang terlibat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gaji penjawat awam Sabah dinaikkan selaras pengumuman PM – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya