HomeUtama3 buah rumah rosak dipukul ombak besar

3 buah rumah rosak dipukul ombak besar

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA BELUD: Sebanyak tiga buah rumah atas air mengalami kerosakan selepas dipukul ombak berikutan fenomena air pasang besar di Kg Buah Pandai di sini tengah malam tadi.

Pasukan Bomba memantau keadaan di penempatan atas air di Kg Buah Pandai, Kota Belud.- Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan pada tengah malam tadi (27 Dis) mengenai kejadian kerosakan rumah di Kg Buah Pandai akibat dipukul ombak.

“Pasukan Bomba yang tiba di lokasi berkenaan melaporkan terdapat tiga buah rumah atas air mengalami kerosakan di bahagian lantai termasuk sebuah rumah mengalami kerosakan di bahagian beranda rumah akibat dipukul ombak ekoran daripada fenomena air pasang besar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, dianggarkan sebanyak 66 buah rumah lagi turut terancam dan dilaporkan kerosakan 10 peratus pada keseluruhan jambatan di kampung tersebut.

“Semua mangsa sudah berpindah dengan sendirinya ke rumah saudara dan sebahagian kecil berpindah ke Masjid Kg Buah Pandai,Kota Belud.

“Pemantuan masih dijalankan di oleh pasukan Bomba di tempat kejadian, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Agensi keselamatan yang turut berada membantu di lokasi berkenaan ialah Polis Diraja Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah.

Pemantuan juga mendapati keadaan air laut semakin surut dan setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, operasi ditamatkan pada jam 3:18 pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya