HomePendapatMA63: Memenuhi Harapan Rakyat Sabah

MA63: Memenuhi Harapan Rakyat Sabah

Read Time:4 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

  1. Pada 24 Disember 2022, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di laporkan berkata bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa perkara berkaitan MA63 (Malaysia Agreement 1963) pada 4 Januari 2023.
  2. Pada hari yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) menyatakan bahawa terdapat 27 perkara mengenai Sabah dan Sarawak akan dibentangkan di Mesyuarat Kabinet pada 4 Januari 2023.
  3. Menurut beliau, ini adalah hasil maklumbalas daripada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah tersebut, 22 perkara adalah berkaitan langsung dengan MA63, manakala 5 perkara adalah cadangan tambahan.
  4. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah satu perjanjian di antara Great Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak, untuk penubuhan negara Malaysia. Ketika itu, Sabah telah menggariskan 20 perkara dan Sarawak pula menggariskan 18 perkara sebagai syarat-syarat untuk Sabah dan Sarawak untuk bersama membentuk Malaysia. Perkara-perkara tersebut telah di muatkan semasa penggubalan MA63, dan seterusnya di maktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
  5. Perkara-perkara tersebut meliputi pelbagai aspek, termasuklah – agama, bahasa, pendidikan, imigresen, kewarganegaraan, hak keistimewaan bangsa asal, cukai dan kewangan.
  6. Namun begitu, untuk sekian lama, rakyat Sabah dan Sarawak berpendapat bahawa hak, kuasa serta keistimewaan mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan telah tidak di tepati. Malah, mereka berpendirian bahawa semangat MA63 serta persefahaman yang di capai untuk penubuhan Malaysia tidak di laksanakan seperti yang di persetujui.
  7. Sebagai contoh. Sabah dan Sarawak berpendapat bahawa taraf mereka sebagai rakan sekutu kepada Persekutuan Tanah Melayu untuk penubuhan Malaysia telah terhakis menjadi ‘negeri’ di dalam pentadbiran negara. Sabah dan Sarawak bertegas bahawa taraf kedudukan mereka bukanlah seperti negeri-negeri lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu.
  8. Di samping itu, isu utama yang di bangkitkan ialah berkenaan hak hasil Sabah dan Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh. Di bawah Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak mendapat geran sebanyak 40% daripada semua hasil yang di kutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah. Ini bermakna, sekiranya Kerajaan Persekutuan mengutip RM 1 billion setahun dari hasil Sabah, maka Sabah berhak mendapat geran sebanyak RM 400 juta dari Kerajaan Persekutuan.
  9. Namun begitu, Kerajaan Persekutuan di tuduh tidak membuat pembayaran geran tersebut untuk sekian lama. Ini telah menyebabkan pembangunan negeri Sabah terbantut dan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Rakyat Sabah merasa amat kecewa dan marah.
  10. Maka pada awal Jun 2022, sekumpulan ahli politik Sabah telah memfailkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa 40% hasil hak Sabah tersebut masih terpakai.
  11. Pada pertengahan Disember 2022, Presiden Parti Cinta Sabah di laporkan media telah mengesa Kerajaan Persekutuan untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau lagi, Kerajaan Persekutuan tidak membayar hak kepada Sabah sejak 1973, sekali gus menafikan hak negeri itu yang amat di perlukan dari segi pembangunan.
  12. Ketika ini, realiti ekonomi dan kualiti hidup rakyat Sabah penuh dengan pelbagai cabaran. Walaupun kaya dengan hasil bumi seperti minyak dan gas, balak serta kelapa sawit, Sabah merupakan antara negeri yang termiskin di Malaysia. Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2020, Sabah mencatatkan peratusan kemiskinan mutlak/ hardcore poverty yang tertinggi di Malaysia iaitu 25.3%, jauh lebih tinggi dari peratusan negara pada kadar 8.4%. Ini bermakna 1 daripada 4 isi rumah Sabah adalah miskin!.
  13. Kemiskinan Mutlak adalah keadaan di mana pendapatan isi rumah tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup asas iaitu – makanan, tempat perlindungan dan pakaian.
  14. Pada tahun 2019, DOSM melaporkan bahawa kemiskinan mutlak di Sabah adalah 19.5%. Pada masa tersebut, 8 daripada 26 daerah pentadbiran Sabah mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak melebihi 30%. Manakala daerah Tongod dan Pitas mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak melebihi 50%. Amat menakjubkan!.
  15. Cabaran Sabah lebih meruncing dengan pertumbuhan ekonomi yang lembap iaitu: 2018 (1.5%), 2019 (0.7%), 2020 (-9.2%) dan 2021 (1.1%). Pada masa yang sama, kadar pengganguran di Sabah juga tinggi dan terus meningkat iaitu: 2018 (5.8%), 2019 (5.8%), 2020 (8.0%) dan 2021 (9.0%).
  16. Selepas PRU-15 baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah melantik seorang Timbalan Perdana Menteri untuk mewakili Sabah dan Sarawak. Manakala seorang Menteri pula di lantik untuk Hal-Ehwal Sabah dan Sarawak. Pelantikan berkenaan telah di sambut baik oleh ramai pihak ke arah pelaksanaan MA63 yang lebih telus dan adil.
  17. Untuk memenuhi pelaksanaan MA63, ianya memerlukan kebijaksanaan serta kekuatan politik/ political will yang tinggi. Pembayaran geran oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bukan saja untuk memenuhi pembayaran geran semasa. Malah perlu mengambil kira pembayaran geran tertunggak semenjak hampir 50 tahun dahulu.
  18. Gesaan Presiden Parti Cinta Sabah agar pelaksanaan Artikel 112C dan 112D di utamakan dan di segerakan melambangkan harapan tinggi rakyat Sabah. Semangat MA63 mesti di terap kembali di dalam pentadbiran negara serta Perlembagaan Persekutuan di hormati, setelah sekian lama di pinggirkan.
  19. Sudah lama rakyat Sabah menderita. Rakyat Sabah berhak menikmati kekayaan hasil bumi Sabah dan seterusnya memiliki kualiti hidup yang lebih baik. Nothing less, nothing more.

Oleh
AA
26 Disember 022

RELATED ARTICLES
Pendapat

Anak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya