Nelayan dkhuatiri hilang di muara sungai, ditemui selamat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:38 Second

SIPITANG: Seorang nelayan dilaporkan tidak pulang sejak semalam, dikhuatiri hilang di muara sungai di Kg Merintaman dekat sini telah ditemui selamat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa seorang nelayan Nordin Yusof telah ditemui selamat petang tadi.

“Pasukan Bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan mangsa telah dijumpai pada jam 2.05 petang tadi pada jarak dua batu nautika /3.7km persisir laut dari Merintaman Sipitang ke Melalamin Western,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, pagi tadi, bilik kawalan BBP Sipitang menerima panggilan kecemasan mengenai orang hilang.

Menurut pemanggil seorang nelayan belum pulang ke rumah sejak semalam (25 Dis) dan dikhuatiri hilang di kawasan muara sungai di Kg Merintaman, Sipitang.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 3 petang tadi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *