HomeEkonomiKALAU TELUR MAHAL JANGAN BELI TELUR 

KALAU TELUR MAHAL JANGAN BELI TELUR 

Read Time:2 Minute, 47 Second

‘Kalau telur mahal jangan beli telur. Kalau ayam mahal jangan beli ayam, tangguhkan makan ayam’ .

Demikian cadangan beberapa pihak bagi menurunkan harga barang keperluan hidup rakyat. Pada asasnya mereka bercakap dalam bahasa ‘permintaan’ atau ‘demand’ . Ya betul ekonomi bermula dengan ‘demand’ yang kemudian ada kesannya kepada ‘penawaran’ dan ‘harga’.

Sangat logik bukan? Namun pernyataan sebegitu belum sampai pun pada tahap ilmu ‘ekonomi asas Tingkatan Enam atau untuk lulus Peperiksaan STP’.

Asas ilmu ekonomi Tingkatan Enam ada mengajar tentang permintaan, penawaran dan harga untuk persediaan peperiksaan STPM. Namun, jangan lupa ekonomi asas Tingkatan enam juga sudah mengajar pelajar berumur 17 tahun bahawa hukum permintaan dan penawaran ada menetapkan sesuatu andaian terhadap hukum ‘permintaan’ atau ‘law of demand’ . Tentu ramai masih ingat andaian ‘ceteris paribus’.

Ceteris paribus bermaksud, jika permintaan tinggi dan penawaran kurang maka harga akan tinggi atau turun hanya akan berlaku dengan syarat ada andaian bahawa faktor lain konstan, ‘other things being equal’ atau faktor lain tidak berubah.

Maksudnya hubungan ‘supply’ dan ‘demand’ tidak boleh berdiri sendiri tanpa andaian ‘ceteris paribus’. Jika tiada andaian ‘ceteris paribus’ maka hukum ‘demand’ dan ‘supply’ terbatal. Formula asas yang diajar di Tingkatan enam ialah mencari kelok normal seperti:

Qd = a – b(P)

Q = quantity demand
a = all factors affecting price other than price (e.g. income, fashion)
b = slope of the demand curve
P = Price of the good

Perhatikan ‘a’ ialah faktor lain yang mempengaruhi harga selain daripada hanya statistik korelasi antara permintaan dan penawaran.

Dalam kelas ekonomi Tingkatan Enam ada diajarkan tentang ‘exception’ kepada hubungan permintaan dan penawaran terhadap harga. Selain itu elok juga diingat tentang hubungan antara permintaan dan penawaran bukan dalam model ’causes’ dan ‘effects’ sebaliknya hanya model hubungan korelasi.

Terdapat banyak jenis barangan dalam ekonomi permintaan dan penawaran. Bukan semua barangan patuh kepada hukum jika harga tinggi permintaan akan menurun atau jika penawaran tinggi harga akan rendah dan permintaan akan meningkat.

Barangan asas seperti makanan tidak tertakluk kepada hukum penawaran terutamanya yang jangka hayat ‘perishable’ cepat. Ini juga sudah diajar dalam ekonomi asas tingkatan enam.

Begitu juga batas keperluan manusia. Misalnya jika keperluan kepada beras seorang Malaysia ialah dua genggam beras sehari maka agregat permintaan pada asasnya konstan begitu. Jika penawaran ditingkatkan, keperluan individu konstan. Jika penawaran dikurangkan, permintaan tetap konstan. Seorang tidak boleh mengurangkan daripada dua genggam kepada segenggam. Jika keperluan itu ditingkatkan atau dikurangkan, maka ceteris paribus tidak berlaku. Equalibriumnya sudah lain.

Kuliah kecil ini hanya ekonomi asas tentang tingkahlaku manusia ekonomi atau satu lagi andaian ekonomi menyebut hukum ‘permintaan’ hanya terpakai kepada ‘rational economic man’.

Tentulah formula untuk menentukan harga pada peringkat sebuah negara (minus government intervention) lebih sifistikated daripada itu. Tentulah cadangan supaya kalau ayam mahal jangan beli ayam atau jangan makan ayam tidak sesuai dicadangkan oleh mana mana anggota kerajaan.

Jika itu cadangannya habislah harapan rakyat terbanyak akan berkecai. Hancur luluh hati mereka jika itu saja penyelesaian yang ditawarkan oleh jentera negara yang mempunyai segala pakar. Cakap cakap sebarangan hanya akan menambah duka lara rakyat jelata.

Ada jalannya. Bersungguhlah mendalaminya sesuai dengan keazaman membawa REFORMASI kepada Negara Malaysia. Mempersendakan kesulitan hidup rakyat dengan jawapan jawapan gurauan santai adalah suatu tingkahlaku ‘ANTI-REFORMASI’ yang tidak dialu-alukan.

Pak Dinmu di Kampung
Kuala Kangsar
26 Disember 2022

Penafian – Artikel berkenaan adalah diambil daripada Facebook Rasmi Tan Sri Dr Noordin Kardi yang juga Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Tulisan penuh beliau boleh dilayari di sini

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Benih Padi Berkualiti: Kunci Kebangkitan Industri Padi dan Beras Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular