HomeUtamaArmizan lawat penduduk terjejas fenomena air pasang besar di Sandakan

Armizan lawat penduduk terjejas fenomena air pasang besar di Sandakan

Read Time:1 Minute, 40 Second

SANDAKAN: Sebanyak sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Pitas, Kota Belud dan Sandakan kini aktif bagi menempatkan mangsa yang terjejas berikutan fenomena air pasang besar yang melanda di beberapa kawasan di negeri ini sejak 22 Disember lalu.

Fenomena air pasang besar di Sabah bermula pada 22 hingga 28 Disember 2022 melibatkan Daerah Kota Kinabalu, Pitas, Sandakan, Kota Belud, Tuaran dan Kudat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah kumulatif mangsa yang masih berada di PPS kini adalah seramai 1,589 orang membabitkan 355 buah keluarga.

Armizan dalam rangka lawatan kerjanya hari ini, meninjau keadaan penduduk yang terjejas akibat bencana fenomena air pasang besar di Kampung Tinusa dan Kampung Forest di Sandakan.

Armizan (kiri) diberi taklimat mengenai perkembangan harian bencana daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan. – Foto ihsan Kementerian HESSTTK.

Dalam siri lawatan itu, beliau turut diberi taklimat mengenai perkembangan harian bencana daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan.

Armizan berkata, merujuk kepada laporan JPBD Sandakan, sebanyak 108 buah rumah roboh kesan air pasang besar pada 24 Disember 2022 dan turut menjejaskan sebanyak 864 buah rumah.

“Fenomena ini melibatkan seramai 122 orang Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 686 orang mangsa. JPBD Sandakan telah mengaktifkan sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1 dan 2 bagi menempatkan mangsa,’ katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut memaklumkan ramalan cuaca bagi Negeri Sabah, katanya berdasarkan ramalan awal Metereologi Malaysia (MET Malaysia) yang dikeluarkan jam 3.00 petang, 21 Disember 2022 amaran hujan berterusan pada tahap waspada di beberapa kawasan seperti Pantai Barat, Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan) dan Kudat bermula 23 Disember 2022 sehingga 26 Disember 2022.

“Pada 12.00 tengah hari, 25 Disember 2022 pihak MET Malaysia sekali lagi mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di beberapa kawasan antaranya ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Daerah Kudat sehingga 28 Disember 2022,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya