HomeUtamaMangsa air pasang besar di Sandakan terus meningkat

Mangsa air pasang besar di Sandakan terus meningkat

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Bilangan mangsa air pasang besar di daerah Sandakan mencatat peningkatan kepada 705 mangsa daripada 126 ketua isi rumah (KIR) setakat jam 12 tengah hari berbanding 686 mangsa sebelum ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif keseluruhan mangsa air pasang besar dan banjir di tiga daerah di Sabah adalah seramai 1,606 mangsa daripada 359 KIR.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, selain Sandakan, daerah lain yang terlibat adalah Pitas dan Kota Belud.

“Di Pitas, jumlah mangsa yang ditempat di enam buah PPS menurun kepada 766 mangsa berbanding 768 mangsa yang dilaporkan jam 8 pagi tadi.

“Manakala di Kota Belud, jumlah mangsa banjir kekal seramai 135 orang daripada 56 KIR ditempatkan di dua PPS,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

PPS yang masih dibuka di Pitas ialah Dewan Kampung Mempakad (163 mangsa); Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan (297 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Salimpodon (16 mangsa); Gereja SIB Kampung Luntuk (79 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Rosob (156 mangsa) dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan (55 mangsa).

Di Sandakan pula, PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 menempatkan 705 mangsa daripada 126 KIR.

Bagi daerah Kota Belud pula, mangsa banjir yang terlibat adalah seramai 135 orang daripada 56 KIR ditempatkan di dua PPS.

Antaranya ialah di Dewan SK Pekan (62 mangsa) dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa (73 mangsa). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya