HomeUtamaEmpat Ahli Parlimen Sabah telah hantar jawapan kepada Speaker - Hajiji

Empat Ahli Parlimen Sabah telah hantar jawapan kepada Speaker – Hajiji

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Keempat-empat Ahli Parlimen Sabah telah menghantar jawapan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengenai dakwaan kekosongan kerusi di Dewan Rakyat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semasa ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam kepada Penduduk Kampung Tanjung Aru Baru di sini, hari ini.

Hajiji berkata, terpulang kepada Dewan Rakyat mengenai dakwaan kekosongan kerusi Dewan Rakyat oleh empat Ahli Parlimen Sabah berkenaan.

“Terpulang kepada Dewan Rakyat, mereka (BERSATU) telah menghantar petisyen dan pihak kita juga (empat orang Ahli Parlimen) telah menghantar jawapan kepada Speaker.

“Banyak spekulasi di luar ini, macam-macam kita dengar tetapi di dalam tidak tahu dia punya rentetan atau keadaan yang berlaku, saya yakin Speaker akan buat keputusan yang terbaik kerana mereka sebenarnya sudah memenuhi syarat sehingga mereka tidak terlibat dalam anti hopping law (anti lompat parti) ini,” katanya.

Terdahulu Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, mengesahkan menerima notis pemakluman daripada BERSATU mengenai status empat Ahli Parlimennya di Sabah yang keluar parti.

Ini adalah susulan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata parti sudah menghantar notis kepada Johari untuk memastikan berlaku kekosongan ‘luar jangka’ membabitkan empat kerusi Parlimen berkenaan.

Ronald yang juga ketua BERSATU Sabah, berkata permohonan sudah dibuat kepada Speaker supaya kekosongan itu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari.

Keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Ahli Parlimen terbabit sebelum ini mengumumkan keluar BERSATU tetapi kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular