HomeEkonomiCawangan Bank Rakyat perlu dibuka di Pitas, bantu penduduk dapatkan perkhidmatan bank

Cawangan Bank Rakyat perlu dibuka di Pitas, bantu penduduk dapatkan perkhidmatan bank

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda mencadangkan agar sebuah cawangan Bank Rakyat dibuka di Pekan Pitas.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam satu pertemuan bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick di sini kelmarin.

Verdon berkata, keperluan tersebut sangat mustahak kerana pekan Pitas tidak mempunyai sebarang perkhidmatan bank sehingga hari ini.

“Ini sekaligus menyukarkan penduduk di daerah ini (Pitas) yang terpaksa berurusan di pekan Kota Marudu untuk mendapatkan perkhidmatan bank,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan keperluan tersebut dengan mengambil kira ketersediaan bangunan yang bersesuaian untuk digunakan dan juga capaian perkhidmatan oleh Bank Rakyat.

Bank Rakyat adalah satu daripada 10 agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.

Turut dibangkitkan oleh Verdon ialah keperluan menaiktaraf kawasan tamu penjaja dan peniaga kecil di pekan Kanibongan, Pitas, Kudat dan Banggi serta pembangunan keusahawanan dan koperasi di parlimen Kudat.

Dalam pertemuan tersebut juga, Ewon mengulangi komitmen beliau agar kementerian dan agensi-agensi kementerian memberi fokus tambahan kepada pembangunan usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil terutamanya di daerah-daerah luar bandar di seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya