HomeUtamaPemberian khas Perkara 112D akan ditingkatkan pada kadar munasabah - PM

Pemberian khas Perkara 112D akan ditingkatkan pada kadar munasabah – PM

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA: Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembangaan Persekutuan akan ditingkatkan pada kadar munasabah.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya di sini hari ini.

Katanya, Perkara 112D itu penting kerana kerajaan perlu memberi peruntukan khas kepada kedua-dua negeri itu seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

“Peruntukan khas berdasarkan Perkara 112D kepada Sabah dan Sarawak ini diberikan pada jumlah RM16 juta dan RM25 juta selain harus dikaji setiap lima tahun tetapi ia tidak berlaku.

“Jadi kita harus memastikan ada peningkatan yang munasabah (pemberian khas) ini. Ini dalam MA63 dan peruntukan khas 112D yang menuntut Persekutuan memberi peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, beliau akan mempengerusikan Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan akan bertemu Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajij Noor.

“Behubung dengan Majlis Tindakan MA63, saya akan mempengerusikannya dan akan mengadakan perjumpaan seelewatnya akhir bulan ini.

“Kemungkinan besar perjumpaan ini akan diadakan di Kuching selain turut dihadiri oleh Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Mesyuarat itu nanti kita akan perincikan perkara-perkara yang tertangguh dapat dilaksanakan termasuk Perkara 112D,” katanya. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya