HomeUtamaHajiji terima sokongan 44 ADUN Sabah

Hajiji terima sokongan 44 ADUN Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai sokongan majoriti seramai 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi meneruskan pentadbiran Kerajaan Sabah.

Beliau berkata, sokongan itu membolehkan Kerajaan pimpinannya masih kukuh untuk terus mentadbir Kerajaan Sabah.

“Untuk makluman semua kita mempunyai sokongan majoriti daripada 44 wakil rakyat ADUN kita di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hajiji ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan itu di sini petang tadi – Foto NORMIMIE DIUN

“Ini bermakna bahawa Kerajaan yang ada ini yang saya pimpin masih lagi kukuh dan kuat selain akan terus mentadbir negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat yang memberi sokongan kepada beliau di sini petang tadi.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, akuan bersumpah (SD) telah dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu semalam.

Ketika ditanya mengenai rombakan Kabinet Sabah, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, rombakan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“InsyaAllah kita akan membuat rombakan Kabinet dalam masa terdekat,” katanya.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu, wakil-wakil rakyat dari GRS; tujuh dari Pakatan Harapan (PH) dan lima dari Barisan Nasional (BN).

Berhubung dengan pertikaian perlembagaan mengenai penubuhan Kerajaan, Hajiji berkata, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah.

“Mengenai constitution ini, mana yang tidak puas hati mereka boleh bawa ke mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya