HomeUtamaPNS sedia perkhidmatan bagi OKU menerusi bahan bacaan

PNS sedia perkhidmatan bagi OKU menerusi bahan bacaan

Read Time:1 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Sebanyak 1,713 buah koleksi melibatkan buku teks braille, buku braille dan buku tactile khas ditempatkan di Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) sejak 27 tahun yang lalu.

Pengarah PNS Fatimah Abdillah berkata, koleksi itu berjaya  dikumpulkan PNS yang telah memulakan operasi perkhidmatan bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak tahun 1996 sebagai usaha menyampaikan maklumat di seluruh negeri Sabah.

“Pada tahun 2000, PNS telah menyediakan Sudut Siber untuk golongan OKU di Perpustakaan Bandaraya Kota Kinabalu yang kemudiannya dipindahkan ke Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah pada tahun 2011.  Pada tahun 2002, PNS memulakan pengeluaran buku Tactile.

“Selain itu, PNS turut menyediakan peralatan komputer dan Braille Embosser untuk memastikan OKU Penglihatan tidak ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Braille Sedunia 2023 peringkat Kebangsaan di PNS Cawangan Tanjung Aru di sini baru-baru ini.

Sambutan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.

Fatimah berkata, kakitangan PNS juga turut diberi peluang untuk menyertai Bengkel Tactile untuk belajar dan menghasilkan buku tactile khas pada tahun 2020 di PNS Cawangan Penampang dan PNS Cawangan Tanjung Aru pada tahun ini.

Katanya, sambutan Hari Braille Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 diadakan adalah untuk berkongsi dan memupuk kesedaran tentang pentingnya penggunaan Braille dalam kehidupan harian bagi OKU Penglihatan.

“Pentingnya hari ini untuk meraikan usahasama dalam membantu golongan ini belajar membaca dan menjadi insan berjaya dalam bidang profesional.

“Dengan adanya program sebegini, masyarakat akan lebih peka tentang realiti Orang Kurang Upaya Penglihatan bagi membendung prasangka terhadap golongan tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya