HomeUtamaJangan ulangi 'Langkah Sheraton' di Sabah

Jangan ulangi ‘Langkah Sheraton’ di Sabah

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mengulangi pendiriannya untuk tidak menyokong sebarang bentuk pembentukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ di negeri ini seperti ‘Langkah Sheraton’ sebelum ini.

Katanya yang juga Presiden-elect Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), semua wakil Pakatan Harapan (PH) Sabah secara kolektif tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya telah memberikan pandangan saya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam semasa mesyuarat majlis presiden PH.

“Saya telah menyatakan pendirian kita dengan jelas, bahawa kita tidak mahu ada usaha untuk menjatuhkan Ketua Menteri sekarang. Kami tidak boleh menerima mana-mana kerajaan pintu belakang,” katanya.

Beliau berkata demikia ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Gaya, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri kesemua ADUN dari PH Sabah iaitu Datuk Christina Liew (Api-Api), Datuk Frankie Poon Ming Fung (Tanjung Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan), Tan Lee Fatt (Likas), Peto Galim (Inanam), dan Ewon (Kadamaian) serta GRS dan BN Sabah.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, Anwar menghormati pendirian kesemua ADUN PH Sabah.

“Ini adalah prinsip yang sangat penting bagi kami,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular